KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Friday, March 11, 2011

SITUASI 40 (KETAMPANAN SOSIAL BERBEZA DENGAN KETAMPANAN FIZIKAL)

Seperti biasa, permulaan kelas Karya Agung didahului dengan nasihat yang bernas oleh Profesor Abdullah Hassan. Kali ini, beliau telah menyentuh berkaitan 'ketampanan sosial'. Ketampanan sosial merupakan bahasa baru yang pernah saya dengar, di mana ia bermaksud penggunaan bahasa yang rapi ketika kita bertutur. Profesor Abdullah Hassan menyentuh berkenaan ketampanan sosial apabila mendapati sebahagian besar pelajar di dalam kelas tersebut cenderung untuk menggunakan bahasa yang tidak lengkap. Beliau telah mencadangkan penggunaan bahasa yang mengandungi tatabahasa dan berbudaya tinggi dalam interaksi harian. Contohnya:

         (1) "Pas tu saya akan menerangkan" perlu ditukarkan kepada "Selepas itu saya akan meneragkan"

Ayat di atas menunjukkan bahawa bahasa yang kerap kita gunakan adalah bahasa singkatan yang tidak diklasifikasikan sebagai bahasa Sinkof. Bahasa sedemikian tidak boleh digunakan ketika kita ingin membentangkan sesuatu hasil kerja kerana bahasa tersebut tidak menunjukkan ketampanan sosial.
 
        (2) "Ini Pejabat Pos kan?".
Ayat diatas menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak rapi ketika bercakap. Masih lagi bertanyakan sedemikian walaupun berada di hadapan Pejabat Pos. Menurut Profesor Abdullah Hassan, bahasa ini dikategorikan sebagai soalan bodoh.
 
       (3) "Awang Sariyan telah menyatakan bahawa teks Sejarah Melayu mengandungi falsafah dan logika Melayu".
 
Selain itu, ketampanan sosial juga dapat dilihat apabila seseorang itu, menggunakan petikan daripada tokoh. Hal demikian kerana, melalui petikan penyataan daripada tokoh-tokoh terkenal, mampu menjadikan memudahkan ujaran kita dipercayai. Contohnya:
 
ULASAN:
 
Ketampanan Sosial yang dikemukakan oleh Profesor Abdullah Hassan, bukan sahaja merupakan perkara yang baru yang saya perolehi, namun dapat juga saya aplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan harian saya. Terutama sekali ketika berinteraksi dengan kawan-kawan atau ketika melakukan perbentangan di hadapan kelas. Jadi, sama-samalah kita mengamalkan ketampanan bahasa ini, bagi menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa menuturkan sesuatu supaya kualiti pertuturan kita berada pada tingkat yang tertinggi.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment