Penjual: Adik, nak beli ape?
Budak lelaki: Pak Cik, gula-gula ni sebiji berape sen?
Penjual: 50 sen.
Budak lelaki: Yang ni?
Penjual: Eh, budak nie aku lempang jugak kang. Bukan nak beli pun. Banyak tanye je.
Situasi di atas menunjukkan sikap seorang penjual yang menggunakan bahasa yang kasar ketika menjalankan urusniaga dengan pelanggannya sendiri. Walaupun pelanggan tersebut seorang budak kecil, namun tidak beerti dia memberikan layanan sedemikian kerana walaupun pelanggan tersebut seorang budak kecil, namun setiap pembelian yang dilakukan akan memberikan keuntungan kepada perniagaannya. Jadi, penjual tersebut haruslah menggunakan bahasa yang halus serta berhemah dalam menjalankan urusan jual beli dengan pelanggan tanpa mengira pangkat dan umur pelanggan tersebut. Sekiranya tiada pelanggan maka, perniagaan itu akan menjadi merosot sekaligus mengalami kerugian kerana barang yang diniagakan tidak dibeli oleh masyarakat.
Bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai kita, kita hendaklah terlebih dahulu mempersiap diri kita dari segi sambutan yang dimulai dengan senyuman. Seterusnya, menerangkan mengenai sesuatu barang yang kurang jelas fungsinya oleh pelanggan. Sekiranya barang tersebut tidak diletakkan harga, kita perlulah dengan sabar memberitahu harga barang tersebut dengan nada suara yang rendah. Keadaan sedemikian mampu menarik perhatian pelanggan untuk datang membeli barang di kedai tersebut.



No comments:
Post a Comment