Terbang burung dari Selatan,
Dipuput angin sangga banyu,
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.

Yang kurik hanya kundi,
Yang merah hanya saga,
Yang baik hanya budi,
Yang indah hanya bahasa.
Yang indah hanya bahasa.
.

Biasa rejam tanda berbahu,
Hendak ingat jangan terkena,
Bahasa pantun siapa tak tahu,
Banyak manfaat pada yang mengakunya.
Menerusi pantun, masyarakat telah menggunakan unsur bahasa yang padat, tuntas, indah, bernas dan menarik dalam usaha menggambarkan kecekapan anggota masyarakat melahirkan buah fikiran.
Melalui pantun inilah kita dapat lihat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya. Hal demikian kerana, pantun kerap kali digunakan dalam aktiviti budaya seperti perkahwinan, pertabalan raja dan majlis kesyukuran. Budaya berpantun ialah budaya orang Melayu. Pertalian sejarah, budaya dan kesenian yang bertimbal balik menjadikan pantun Melayu berdiri secara sendiri dalam masyarakat Melayu. Pantun juga dituturkan dengan nada yang lembut, beralun, harmoni, dan sedap di dengar.
Jadi, bagi saya, pantun merupakan salah satu puisi Melayu lama yang penuh dengan kesantunan bahasa dalam berkomunikasi. Kesantunan bahasa dapat dilihat melalui penggunaan pantun dalam memberi nasihat, pujian dan sindiran. Penggunaan pantun untuk tujuan sedemikian mampu menghindari daripada penggunaan kata-kata kasar dan tajam ketika menyindir perbuatan atau sifat seseorang yang kurang baik atau salah supaya tidak melukai hati orang yang dimaksudkan. Contohnya:
Pantun Nasihat:
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti badan binasa.
Pantun Sindiran:
Jeruk maman rasanya sedap,
Boleh direndang dengan tauhu,
Saya umpama bunga dedap,
Kembangnya segar tidak berbau.
Pantun Pujian:
Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

No comments:
Post a Comment