Dalam keadaan tergesa-gesa, Fifi berjalan dengan cepat untuk menaiki bas. Tanpa disedari tingkah lakunya sedang diperhatikan rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara:
Rakan A: Fifi, kau ni macam anak ayam je akuu tengok. (Sambil ketawa terbahak-bahak).
Fifi : Kau cakap biar berlapik sikit. Jangan ikut sedap mulut je nak cakap aku anak ayam.

Situasi ini menunjukkan Fifi telah tersalah tafsir maksud "Anak ayam' yang diperkatakan oleh kawannya itu. Bagi kawannya, dia hanya ingin menyatakan bahawa keadaan Fifi berjalan itu seolah-olah sama seperti anak ayam. Namun, bagi Fifi kawannya ingin samakan dia dengan 'pelacur'. Kerana itulah dia begitu marah dengan tindakan kawannya itu.
No comments:
Post a Comment