Seronok + Seronok = Beronok-ronok. 

Apakah maksud perkataan 'Berono-ronok' tersebut? Setelah beberapa kali mencari di dalam Kamus Dewan, namun tiada perkataan yang sama erti dengan 'Beronok-ronok'. Perkataan ini saya dapati di sebuah laman sosial sahabat saya yang juga bakal seorang guru. Dia menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan perasaannya yang sangat seronok. Jika guru sendiri yang menggunakan perkataan yang tidak pasti maksudnya dan cuba memperkenalkan perkataan-perkataan yang tidak wujud dalam dunia bahasa, maka masalah penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar akan menjadi bertambah parah suatu hari nanti.
Bagi saya, sekiranya kita ingin menggambarkan perasaan sangat seronok, kita boleh menggunakan perkataan 'Terlalu seronok', di mana gabungan kata dasar 'seronok' dengan kata penguat hadapan 'terlalu'. Melalui penggunaan perkataan 'Terlalu seronok', pembaca dapat mengetahui dengan jelas bahawa perasaan kita ketika itu adalah sangat seronok. Tidak perlulah kita menggunakan perkataan yang tidak pernah digunakan oleh masyarakat kerana keadaan sedemikian hanya dapat mencetuskan kekeliruan kepada mereka.
Jadi, saya nasihatkan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan perkataan ketika berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Seelok-eloknya gunalah perkataan yang betul. Jangan sesekali kita berkeinginan untuk menggunakan bahasa yang baru tetapi tidak mempunyai makna.


No comments:
Post a Comment