KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Sunday, March 20, 2011

BERSYUKUR

Hri ini saya hanya mampu bersyukur kerana saya telah berjaya menghasilkan 40 situasi berdsrkan bahasa dan masyarkat. Walaupun sukar untuk saya menghsilkan 40 situasi, namun kesukarn itu mmpu saya atasi setelah cuba menyesuaikan diri dengan penulisan blog ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Saniah kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali dunia penulisan blog ini dan tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menghasilkan blog.




Friday, March 11, 2011

SITUASI 40 (KETAMPANAN SOSIAL BERBEZA DENGAN KETAMPANAN FIZIKAL)

Seperti biasa, permulaan kelas Karya Agung didahului dengan nasihat yang bernas oleh Profesor Abdullah Hassan. Kali ini, beliau telah menyentuh berkaitan 'ketampanan sosial'. Ketampanan sosial merupakan bahasa baru yang pernah saya dengar, di mana ia bermaksud penggunaan bahasa yang rapi ketika kita bertutur. Profesor Abdullah Hassan menyentuh berkenaan ketampanan sosial apabila mendapati sebahagian besar pelajar di dalam kelas tersebut cenderung untuk menggunakan bahasa yang tidak lengkap. Beliau telah mencadangkan penggunaan bahasa yang mengandungi tatabahasa dan berbudaya tinggi dalam interaksi harian. Contohnya:

         (1) "Pas tu saya akan menerangkan" perlu ditukarkan kepada "Selepas itu saya akan meneragkan"

Ayat di atas menunjukkan bahawa bahasa yang kerap kita gunakan adalah bahasa singkatan yang tidak diklasifikasikan sebagai bahasa Sinkof. Bahasa sedemikian tidak boleh digunakan ketika kita ingin membentangkan sesuatu hasil kerja kerana bahasa tersebut tidak menunjukkan ketampanan sosial.
 
        (2) "Ini Pejabat Pos kan?".
Ayat diatas menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak rapi ketika bercakap. Masih lagi bertanyakan sedemikian walaupun berada di hadapan Pejabat Pos. Menurut Profesor Abdullah Hassan, bahasa ini dikategorikan sebagai soalan bodoh.
 
       (3) "Awang Sariyan telah menyatakan bahawa teks Sejarah Melayu mengandungi falsafah dan logika Melayu".
 
Selain itu, ketampanan sosial juga dapat dilihat apabila seseorang itu, menggunakan petikan daripada tokoh. Hal demikian kerana, melalui petikan penyataan daripada tokoh-tokoh terkenal, mampu menjadikan memudahkan ujaran kita dipercayai. Contohnya:
 
ULASAN:
 
Ketampanan Sosial yang dikemukakan oleh Profesor Abdullah Hassan, bukan sahaja merupakan perkara yang baru yang saya perolehi, namun dapat juga saya aplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan harian saya. Terutama sekali ketika berinteraksi dengan kawan-kawan atau ketika melakukan perbentangan di hadapan kelas. Jadi, sama-samalah kita mengamalkan ketampanan bahasa ini, bagi menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa menuturkan sesuatu supaya kualiti pertuturan kita berada pada tingkat yang tertinggi.
 
 
 
 
 

Wednesday, March 9, 2011

SITUASI 39 (ASSALAMUALAIKUM)


                                                                    


Kini, lebih ramai masyarakat yang cenderung untuk menggunakan perkataan 'Salam' sebagai ganti kepada ucapan 'Assalamualaikum'. Sebelum ini saya juga termasuk salah seorang daripada kalangan yang menggunakan perkataan 'Salam' tersebut. namun, setelah mendengar penjelasan menerusi Radio Intitut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM, saya dapat memahami dengan jelas maksud di sebalik perkataan 'Salam' tersebut.

   Menurut Ustaz Zawawi, maksud bagi perkataan 'Salam' ialah (Selamat Tinggal). Ustaz Zawawi juga ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.   Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.  Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.   Jawab salam yang betul ialah “Waalaikumus salam” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu  “Waalaikum salam”. Manakala, apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain pula, kita hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada A” bukannya “Kirim salam pada A” tanpa menyebut ucapan 'assalamualaikum' tersebut.   

   Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.  

   Dalam pada itu juga, kita dilarang menggunakan perkataan “Semekom” kerana “Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tuesday, March 8, 2011

SITUASI 38 (1 MALAYSIA)

Situasi yang ingin saya lakarkan kali ini, bukan berkenaan rupa paras pemandu bas yang comel, tampan atau sebagainya. Namun, saya ingin menyatakan sikap antara pemandu bas dengan pemandu bas yang lain.  Sya berasa sangat bangga dengan sikap yang dimiliki oleh masyarakat kita kerana walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, namun kesantunan berbahasa dari aspek verbal atau non verbal masih diamalkan dengan baik. Dalam perjalanan ke Proton City pada hari ini, bas yang saya naiki dipandu oleh seorang pemandu yang berbangsa Melayu, manakala bas yang satu lagi, dipandu oleh pemandu yang berbangsa India. Ketika kedua-dua bas ini saling berselisih, pemandu bas yang saya naiki, membunyikan hon kepada bas yang satu lagi tanda ingin memotong. Manakala, bas tersebut turut membunyikan hon bagi memberi laluan untuk memotong.

   Melalui situasi ini, saya dapat lihat semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh pemandu bas. Sikap 1 Malaysia ini perlu dipupuk dalam pelbagai kalangan masyarakat, bukan hanya memfokuskan kepada masyrakat kelas atasan sahaja. Perlunya semangat perpaduan antara pemandu bas adalah bagi mengelakkan pergaduhan antara pemandu yang terdiri daripada berlainan bangsa.

Sunday, March 6, 2011

SITUASI 37 (BERONOK-RONOK)

Seronok + Seronok = Beronok-ronok.



Apakah maksud perkataan 'Berono-ronok' tersebut? Setelah beberapa kali mencari di dalam Kamus Dewan, namun tiada perkataan yang sama erti dengan 'Beronok-ronok'. Perkataan ini saya dapati di sebuah laman sosial sahabat saya yang juga bakal seorang guru. Dia menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan perasaannya yang sangat seronok. Jika guru sendiri yang menggunakan perkataan yang tidak pasti maksudnya dan cuba memperkenalkan perkataan-perkataan yang tidak wujud dalam dunia bahasa, maka masalah penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar akan menjadi bertambah parah suatu hari nanti.

    Bagi saya, sekiranya kita ingin menggambarkan perasaan sangat seronok, kita boleh menggunakan perkataan 'Terlalu seronok', di mana gabungan kata dasar 'seronok' dengan kata penguat hadapan 'terlalu'. Melalui penggunaan perkataan 'Terlalu seronok', pembaca dapat mengetahui dengan jelas bahawa perasaan kita ketika itu adalah sangat seronok. Tidak perlulah kita menggunakan perkataan yang tidak pernah digunakan oleh masyarakat kerana keadaan sedemikian hanya dapat mencetuskan kekeliruan kepada mereka.

    Jadi, saya nasihatkan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan perkataan ketika berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Seelok-eloknya gunalah perkataan yang betul. Jangan sesekali kita berkeinginan untuk menggunakan bahasa yang baru tetapi tidak mempunyai makna.


Saturday, March 5, 2011

SITUASI 36 (BAHASA KITA WAJAH KITA)

Aku Yang Disuruhnya Gi Mampus!!

Pelik kan dengan tajuk yang saya nyatakan di atas. Kisah ini berlaku tahun lepas semasa saya dalam perjalanan ke Melaka bersama keluarga tercinta. Semasa di lebuh raya, saya ternampak sebuah kereta yang agak pelik kerana di sekeliling kereta tersebut dilekatkan dengan ’stiker’. Yang menariknya apabila saya terpandang satu ’stiker’ di belakang kereta itu yang berbunyi:


"Tidak Suka Cara Pemanduan Saya
Sila dail 1-800- Gi Mampus!!"


Aduh menyesal pula saya membaca kata-kata yang tercatat di belakang kereta itu. Saya merasakan seolah-olah, saya yang disuruh mampus ketika itu. Saya tertanya-tanya, apakah motif pemilik kereta tersebut meletakkan kata-kata sedemikian pada keretanya? Mungkin dia sedar bahawa cara pemanduannya itu sama sekali tidak bagus. Melalui kata-kata tersebut saya yakin bahawa pemandu tersebut seorang yang sukar ditegur dan tidak boleh menerima pandangan orang lain.

            Bagi saya, sekiranya kita ingin meletakkan ’stiker’ sebagai hiasan di kereta, lekatlah ’stiker’ yang menggunakan bahasa yang baik. Hal demikian kerana melalui setiap kata-kata yang dipamerkan menggambarkan bagaimana sikap kita.  

SITUASI 35 (BERGURAU BOLEH KE?)


Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana kelas yang muram menjadi ceria. Yang sepi bertukar gamat. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.


Namun, Islam itu cukup cantik. Allah S.W.T. tidak pernah membiarkan umatNya terbiar tanpa panduan. Al-Quran dan As-sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi rujukan kita. Dalam hal ini, Dr. Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk bergurau senda.


1. PERKARA YANG HENDAK DICAKAPKAN ITU BUKANLAH SESUATU YANG BOHONG HANYA SEMATA-MATA SUPAYA MANUSIA KETAWA.




Nabi SAW bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له
"Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (HR Ahmad dan ad-Darimi)


Dalam berbicara, kita perlu beringat supaya tidak menokok tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar. Cuba lihat apakah kesan media apabila tokok tambah menjadi bahan utama dalam tulisan mereka. Berita yang tersebar menjadi sensasi. Kita pula selalunya tanpa usul periksa menyebarkan berita-berita sebegini kepada kawan. Tetapi berita yang tersebar itu kadangkala boleh menjadi fitnah bagi orang-orang tertentu, dan kesannya hidup seseorang boleh menjadi hancur disebabkan fitnah. Maka, berhati-hatilah.


2. TIDAK MENGANDUNGI PENGHINAAN TERHADAP SESEORANG MELAINKAN ORANG TERSEBUT MENGIZINKANNYA.


 

Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain. Boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat: 11).
Nabi SAW bersabda:


بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
"Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (HR Muslim - sahih)


Ada masanya kita tak sedar perkara yang kita sangka hanya satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hati dia. Jangan sesekali menganggap semua insan adalah seperti kita; tidak merasa apa-apa bila diejek. Masing-masing punya perasaan tersendiri.


Jika ada kekurangan pada diri sahabat, tegurlah dengan cara yang baik. Gurauan yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya sillaturrahim. Maka, berhati-hatilah.


3. MELAWAK YANG TIDAK MENAKUTKAN ORANG LAIN.

 

Nukman bin Basyir r.a. berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasululah SAW di dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah SAW bersabda:


لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
"Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (HR Thabrani - sahih)


Nabi SAW bersabda:


لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
"Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak ataupun betul-betul." (HR Ahmad - sahih)


Gurauan yang tidak kena pada tempatnya juga adalah sangat ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk menakut-nakutkan saudara seIslam kita. Berpada-pada lah dalam bergurau. Setiap benda ada 'limit' kerana jika tidak memikirkan kesan gurauan yang sepatutnya, hiburan boleh menjadi bala. Maka, berhati-hatilah.


4. JANGAN BERGURAU PADA PERKARA YANG PERLU SERIUS.

 

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak.


Nabi SAW bersabda:


ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
"Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak ataupun serius: nikah, cerai, membebaskan hamba." (HR Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah - sanadnyaHasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah S.W.T.:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai."(59 – 61 : an-Najm)



Seriously, perkara sebegini tidak boleh menjadi bahan gurauan kerana ianya melibatkan hukum agama. Maka, berhati-hatilah.


5. HENDAKLAH MELAWAK SEKADAR PERLU DAN TIDAK BERLEBIHAN.
 


Nabi SAW bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
"Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hr Ahmad dan Ibnu Majah – sanad hasan)



Kita seringkali diingatkan, mereka yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Dan bagi mereka yang banyak menangis di dunia (kerana mengenangkan akhirat), hidupnya di akhirat akan lebih bahagia. (Dr. Yusuf Qardawi, Feqhul Lahwi wat Tarwih)

Siapa kata orang Islam tak boleh bergurau?
Boleh. Tapi ada caranya.


IKTIBAR KISAH RASULULLAH S.A.W.
Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
Maksudnya:
"Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata"Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Friday, March 4, 2011

SITUASI 34 (IKLAN SINAR FM).

Setiap pagi hari minggu, saya akan menceriakan pagi saya dengan mendengar 'Sembang Pagi' menerusi stesen radio Sinar Fm. Terdapat satu iklan yang dimainkan oleh stesen radio tersebut yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Iklan tersebut adalah seperti berikut:

    Penjual: Adik, nak beli ape?
    Budak lelaki: Pak Cik, gula-gula ni sebiji berape sen?
    Penjual: 50 sen.
    Budak lelaki: Yang ni?
    Penjual: Eh, budak nie aku lempang jugak kang. Bukan nak beli pun. Banyak tanye je.

Situasi di atas menunjukkan sikap seorang penjual yang menggunakan bahasa yang kasar ketika menjalankan urusniaga dengan pelanggannya sendiri. Walaupun pelanggan tersebut seorang budak kecil, namun tidak beerti dia memberikan layanan sedemikian kerana walaupun pelanggan tersebut seorang budak kecil, namun setiap pembelian yang dilakukan akan memberikan keuntungan kepada perniagaannya. Jadi, penjual tersebut haruslah menggunakan bahasa yang halus serta berhemah dalam menjalankan urusan jual beli dengan pelanggan tanpa mengira pangkat dan umur pelanggan tersebut. Sekiranya tiada pelanggan maka, perniagaan itu akan menjadi merosot sekaligus mengalami kerugian kerana barang yang diniagakan tidak dibeli oleh masyarakat.

    Bagi menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai kita, kita hendaklah terlebih dahulu mempersiap diri kita dari segi sambutan yang dimulai dengan senyuman. Seterusnya, menerangkan mengenai sesuatu barang yang kurang jelas fungsinya oleh pelanggan. Sekiranya barang tersebut tidak diletakkan harga, kita perlulah dengan sabar memberitahu harga barang tersebut dengan nada suara yang rendah. Keadaan sedemikian mampu menarik perhatian pelanggan untuk datang membeli barang di kedai tersebut.






  

Thursday, March 3, 2011

SITUASI 33 (PANTUN).

Terbang burung dari Selatan,
Dipuput angin sangga banyu,
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.


Yang kurik hanya kundi,
Yang merah hanya saga,
Yang baik hanya budi,
Yang indah hanya bahasa.
.

Biasa rejam tanda berbahu,
Hendak ingat jangan terkena,
Bahasa pantun siapa tak tahu,
Banyak manfaat pada yang mengakunya.


Pantun merupakan sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Pantun dikatakan sebagai sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran dan jawapan kepada tuduhan. Apa yang ingin saya fokuskan di sini ialah fungsi pantun dalam masyarakat dahulu. Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat dalam berbahasa.
Menerusi pantun, masyarakat telah menggunakan unsur bahasa yang padat, tuntas, indah, bernas dan menarik dalam usaha menggambarkan kecekapan anggota masyarakat melahirkan buah fikiran.


     Melalui pantun inilah kita dapat lihat penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa budaya. Hal demikian kerana, pantun kerap kali digunakan dalam aktiviti budaya seperti perkahwinan, pertabalan raja dan majlis kesyukuran. Budaya berpantun ialah budaya orang Melayu. Pertalian sejarah, budaya dan kesenian yang bertimbal balik menjadikan pantun Melayu berdiri secara sendiri dalam masyarakat Melayu. Pantun juga dituturkan dengan nada yang lembut, beralun, harmoni, dan sedap di dengar.


     Jadi, bagi saya, pantun merupakan salah satu puisi Melayu lama yang penuh dengan kesantunan bahasa dalam berkomunikasi. Kesantunan bahasa dapat dilihat melalui penggunaan pantun dalam memberi nasihat, pujian dan sindiran. Penggunaan pantun untuk tujuan sedemikian mampu menghindari daripada penggunaan kata-kata kasar dan tajam ketika menyindir perbuatan atau sifat seseorang yang kurang baik atau salah supaya tidak melukai hati orang yang dimaksudkan. Contohnya:


Pantun Nasihat:
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati dan bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti badan binasa.

Pantun Sindiran:
Jeruk maman rasanya sedap,
Boleh direndang dengan tauhu,
Saya umpama bunga dedap,
Kembangnya segar tidak berbau.
maman

Pantun Pujian:
Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

     

SITUASI 32 (DIALEK KITA)

Hari ini, 3 Mac 2011 bersamaan hari khamis, kami semua diajar berkenaan dialek. Dialek atau loghat merujuk kepada satu kelainan bahasa yang berbeza daripada segi bentuk sebutan, tatabahasa, dan kosa kata berbanding bahasa baku. Melalui pembelajaran hari ini, saya dapat mengetahui bagaimana dialek dan bahasa terbentuk. Menurut Dr. Siti, dialek akan terbentuk apabila idiolek (bentuk bahasa yang dihasilkan dan cara penggunaan bahasa individu yang tersendiri) mempunyai persamaan dalam sesuatu kelompok masyarakat. Jadi persamaan antara idiolek inilah yang telah membentuk dialek.

    Seterusnya, bahasa terbentuk apabila kelompok yang menuturkan dialek yang hampir seragam dikatakan membentuk sekelompok penutur yang menuturkan bahasa yang sama. Contohnya, gabungan daripada dialek yang terdapat dalam Malaysia seperti dialek Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Bagi saya, kita haruslah menjaga dialek kita sendiri kerana melalui dialek itulah kita mampu menjaga bahasa kita daripada mengalami kepupusan.

                           DIALEK KELANTAN


Wednesday, March 2, 2011

SITUASI 31 (ANAK AYAM)

Anak ayam merupakan sejenis haiwan yang berkaki dua, berbulu dan juga mempunyai kepak. Namun, selain daripada maksud sedemikian, terdapat maksud lain disebalik perkataan 'Anak ayam'. Maksud tersebut ialah seorang perempuan yang merelakan tubuhnya disetubuhi oleh lelaki yang nukan muhrimnya atau lebih mudah dikatakan sebagai pelacur. Kadang-kadang perkataan 'Anak ayam' ini dapat mencetuskan pertelingkahan antara kita apabila seseorang tersalah tafsir maksud tersebut. Contohnya saya nyatakan perbualan antara dua orang sahabat:

     Dalam keadaan tergesa-gesa, Fifi berjalan dengan cepat untuk menaiki bas. Tanpa disedari tingkah lakunya sedang diperhatikan rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara:

    Rakan A: Fifi, kau ni macam anak ayam je akuu tengok. (Sambil ketawa terbahak-bahak).
    Fifi      : Kau cakap biar berlapik sikit. Jangan ikut sedap mulut je nak cakap aku anak ayam.



Situasi ini menunjukkan Fifi telah tersalah tafsir maksud "Anak ayam' yang diperkatakan oleh kawannya itu. Bagi kawannya, dia hanya ingin menyatakan bahawa keadaan Fifi berjalan itu seolah-olah sama seperti anak ayam. Namun, bagi Fifi kawannya ingin samakan dia dengan 'pelacur'. Kerana itulah dia begitu marah dengan tindakan kawannya itu.

Tuesday, March 1, 2011

SITUASI 30 (TERIMA KASIH)

Kali ini saya tertarik untuk menulis berkenaan situasi ketika hendak turun daripada bas. Setiap kali, saya memberi peluang kepada para penumpang yang lain untuk turun dahulu, setiap daripada mereka akan mengucapkan terima kasih kepada saya. Begiti juga dengan saya, sekiranya berada dalam situasi sedemikian. Mungkin inilah dikatakan sebagai 'perbuatan baik, dibalas baik'. Sekiranya kita ingin melihat orang lain melakukan sesuatu yang baik kepada kita, sebaiknya kita lakukan perkara yang sama terlebih dahulu kepada orang lain. Itulah pesanan yang kerap kali kita dengar dari sesiapa sahaja. Budaya mengucapkan terima kasih ini juga saya amalkan ketika hendak turun daripada bas. Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut sebelum turun. Tidak lengkap sekiranya saya berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut tidak kiralah pemandu muda ataupun tua, bagi saya mereka sama sahaja. Mereka sanggup berulang-alik dari kolej ke kampus tanpa mengira erti kepenatan. Jika dilihat dari aspek gaji, tidaklah seberapa sangat jika hendak dibandingkan dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Jadi, sama-samalah kita hargai jasa pemandu bas di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.

SITUASI 29 (REBAN)

Perkataan 'reban' bagi masyarakat luar mungkin mempunyai satu maksud sahaja iaitu 'reban ayam'. Namun, bagi kami masyarakat Utara memiliki dua maksud yang merujuk kepada perkataan 'reban' tersebut.

    Reban = 1) Reban Ayam
           2) Roboh

Perkataan 'reban' ini mula menjadi isu, apabila seorang kawan bertanyakan saya mengenai maksud 'reban' bagi masyarakat kedah. Saya menjelaskan bahawa, perkataan 'reban dapat digunakan dalam ayat seperti berikut:

   1) Rumah Pak Ali telah reban apabila terkena puting beliung pada awal pagi kemarin.



   2) "Hati-hati duduk atas kerusi tu, nanti reban pula, kata Syamil kepada Ali".