KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Wednesday, March 9, 2011

SITUASI 39 (ASSALAMUALAIKUM)


                                                                    


Kini, lebih ramai masyarakat yang cenderung untuk menggunakan perkataan 'Salam' sebagai ganti kepada ucapan 'Assalamualaikum'. Sebelum ini saya juga termasuk salah seorang daripada kalangan yang menggunakan perkataan 'Salam' tersebut. namun, setelah mendengar penjelasan menerusi Radio Intitut Kefahaman Islam Malaysia atau IKIM, saya dapat memahami dengan jelas maksud di sebalik perkataan 'Salam' tersebut.

   Menurut Ustaz Zawawi, maksud bagi perkataan 'Salam' ialah (Selamat Tinggal). Ustaz Zawawi juga ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.   Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.  Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.   Jawab salam yang betul ialah “Waalaikumus salam” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu  “Waalaikum salam”. Manakala, apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain pula, kita hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada A” bukannya “Kirim salam pada A” tanpa menyebut ucapan 'assalamualaikum' tersebut.   

   Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.  

   Dalam pada itu juga, kita dilarang menggunakan perkataan “Semekom” kerana “Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

No comments:

Post a Comment