KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Thursday, March 3, 2011

SITUASI 32 (DIALEK KITA)

Hari ini, 3 Mac 2011 bersamaan hari khamis, kami semua diajar berkenaan dialek. Dialek atau loghat merujuk kepada satu kelainan bahasa yang berbeza daripada segi bentuk sebutan, tatabahasa, dan kosa kata berbanding bahasa baku. Melalui pembelajaran hari ini, saya dapat mengetahui bagaimana dialek dan bahasa terbentuk. Menurut Dr. Siti, dialek akan terbentuk apabila idiolek (bentuk bahasa yang dihasilkan dan cara penggunaan bahasa individu yang tersendiri) mempunyai persamaan dalam sesuatu kelompok masyarakat. Jadi persamaan antara idiolek inilah yang telah membentuk dialek.

    Seterusnya, bahasa terbentuk apabila kelompok yang menuturkan dialek yang hampir seragam dikatakan membentuk sekelompok penutur yang menuturkan bahasa yang sama. Contohnya, gabungan daripada dialek yang terdapat dalam Malaysia seperti dialek Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Bagi saya, kita haruslah menjaga dialek kita sendiri kerana melalui dialek itulah kita mampu menjaga bahasa kita daripada mengalami kepupusan.

                           DIALEK KELANTAN


No comments:

Post a Comment