KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Friday, February 11, 2011

(SITUASI 12) Bahasa Kanak-kanak

Tajuk: Bahasa Kanak-kanak Masa Kini
Tarikh: 8 Februari 2011
Masa: Selasa

Malam itu, seperti biasa saya dan keluarga akan keluar makan pada malam hari minggu. Dalam perjalanan ke Tanjong Dawai, sepupu saya yang berusia 3 tahun bersuara:

Huda: Kiknah! tengok tu ada tiyis la kat depan.
Kiknah: Tiyis?
Huda: ha, tu kat depan tu.
Kiknah: Adik! bukan tiyis la, polis la.




Itulah perkataan yang mungkin tidak semua orang dapat faham apabila kanak-kanak bertutur. Perkataan 'polis' bertukar menjadi 'tiyis'. Kedengarannya agak menghiburkan, namun apabila difikirkan kembali masalah bahasa yang dialami oleh kanak-kanak zaman sekarang sangat mendukacitakan. Mana tidaknya, pelat perkataan yang disebut sangat berbeza dengan perkataan asal, sehingga kita sendiri tidak dapat memahami makna perkataan tersebut.

    Jadi, bagi mengatasi masalah sedemikian, kita sebagai orang dewasa perlulah mengajar sebutan yang betul kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menyebutnya dengan betul dan jelas. Janganlah kita biarkan mereka menyebut perkataan yang tidak betul itu sehingga mereka meningkat umur kerana perkara ini dapat menimbulkan kesusahan apabila mereka bersekolah nanti.

No comments:

Post a Comment