KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 28, 2011

SITUASI 23 (KURANG ASAM)

Pada hari sabtu lepas, saya dan keluarga pergi ke Zoo Taiping. Dalam perjalanan ke sana, ayah saya telah berhenti di R&R Juru untuk kami solat Zohor. Semasa saya beratur untuk mengambil wuduk, seorang remaja datang untuk berwuduk tanpa beratur di belakang. Sedar dengan tindakan remaja itu, seorang wanita bertudung kuning itu terus memarahi remaja tersebut.

   Wanita: Kurang asam punya budak. Penat-penat orang beratur panjang, ko senang-senang je ke depan.
   Remaja: Saya nak cepat la Mak Cik.
   Wanita: Habis ko ingat ko sorang je yang nak cepat?
   Remaja: Yela tu.(Sambil berlalu pergi untuk beratur).

ULASAN:


Perkataan 'kurang asam' kerap kali kita dengar sekarang. Apa yang ingin diperkatakan sekarang, apakah maksud perkataan tersebut. Seperti mana yang kita tahu, perkataan 'kurang asam' hanya digunakan untuk situasi masakan.Tapi, sekarang situasi penggunaan perkataan tersebut lebih kepada untuk menyatakan ketidakpuasan hati seseorang. Dalam pada itu juga, perkataan 'kurang ajar' juga sering kali digunakan untuk tujuan yang sama. Jadi, maksud perkataan 'kurang asam' dan 'kurang ajar' adalah sama.

No comments:

Post a Comment