Orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
KINI
Enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
DULU:
Setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat..
KINI:
have fun on your birthday,
panggil kengkawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
Menerusi pepatah di atas, ternyata beza sekali pendapat dahulu dengan sekarang. Dahulu, masyarakat lebih berfokuskan kepada keagamaan, manakala kini, masyarakat sangat mengutamakan kekayaan dan dunia semata-mata. Menerusi penggunaan bahasa pula, masyarakat dahulu lebih kepada penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya, namun sekarang bahasa yang digunakan lebih kepada bahasa rojak. Sepatutnya, masyarakat sekarang harus melihat bahasa yang digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai panduan. Bukan sahaja menggunakan bahasa yang lemah lembut, namun maksud yang disampaikan juga dapat membentuk peribadi seseorang.
No comments:
Post a Comment