KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 28, 2011

SITUASI 26 (BAHASA BADAN)

Dalam satu perbincangan yang melibatkan beberapa orang kawan termasuk saya adalah untuk mencari senarai sekolah bagi penempatan praktikum pada bulan lima nanti. Apa yang menjadi topik diari saya kali ini ialah penggunaan bahasa badan yang boleh menyentuh hati seseorang. Selepas perbincangan hampir tamat, kelapan-lapan orang sahabat saya itu, memperolehi sekolah untuk penempatan praktikum. Hanya tinggal saya dan juga seorang lagi kawan yang tidak mempunyai sekolah. Tanpa menunggu lama, saya pun bertanya kepada mereka:

     Saya: Sekolah untuk aku dengan Nadia macam mana?
     Kawan A: (Mengangkat bahu tanpa sebarang kata).

ULASAN: 
Perkara seperti ini jarang sekali kita lalui apabila bersama-sama dengan sahabat karib kita. Hal demikian kerana, setiap orang mesti mengetahui maksud 'mengangkat bahu' tersebut. Walaupun, itu hanyalah bahasa badan, namun di sebalik perbuatan itu, terdapat satu maksud yang boleh menyentuh hati seseorang. Maksudnya sama seperti kita tidak menghiraukan masalah orang lain. Bagi saya, bahasa badan tersebut tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan sedemikian kerana kita sepatutnya menjaga hati sahabat di sekeliling kita walaupun mereka tidak memberi kepentingan kepada kita. Apa yang perlu kita fikirkan adalah setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga walau dalam situasi apa sekalipun.

No comments:

Post a Comment