KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 28, 2011

SITUASI 24 (BUN KACANG MERAH)

Situasi yang akan saya tuliskan kali ini adalah penggunaan tanda sempang pada perkataan yang tidak sepatutnya. Ketika saya sedang menjamah Bun Kacang Merah pada pagi itu, saya membelek-belek kandungan yang tertera pada plastik bun tersebut. Dengan tidak sengaja saya terpandang perkataan 'Di-Buat oleh Syarikat A'.
 

ULASAN:
Bagi saya ejaan tersebut adalah salah. Perkataan 'Di' merupakan kata sendi nama, manakala perkataan 'Buat' pula merupakan kata kerja. Di antara kedua-dua jenis perkataan ini tidak diperlukan penggunaan tanda sepang di tengahnya. Jika diteliti pada tahun syarikat tersebut mula beroperasi, perkataan 'Di-Buat' tersebut ternyata tidak lagi digunakan. Apatah lagi, pada zaman kini, yang rata-rata masyarakat sangat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu baku. Walaupun kini syarikat pengeluar tersebut sedar akan kesilapan ejaan itu, namun perkara sedemikian tidak dihiraukan selagi tidak menjejaskan hasil pengeluaran syarikat mereka.

No comments:

Post a Comment