Kelas EDU berjalan seperti biasa. Semasa di dalam kelas, sesi perbentangan kumpulan dijalankan. Ketika giliran kumpulan keenam membentangkan hasil kerja mereka. Semasa slide pertama ditayangkan, saya melihat pada slide itu tercatat ayat berikut:
"Kami tak HOT, kami COOL..."
Itulah ayat yang tercatat pada slide perbentangan kumpulan itu. Ayat itu bukan sahaja menggunakan bahasa rojak, namun penggunaan tulisan yang bercampur-aduk iaitu tulisan kecil dan besar juga memperlihatkan kesalahan berbahasa di situ. Bagi saya, seseorang yang bakal dikatakan sebagai seorang guru haruslah menitikberatkan soal penggunaan bahasa ini walau di mana saja. Jika tabiat seperti ini tidak dihiraukan bermula dari sekarang, mungkin kita akan terbawa-bawa ketika sesi latihan mengajar diadakan nanti. Keadaan ini akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada para pelajar kita. Jadi, bermula dari sekarang kita perlu belajar menggunakan bahasa Melayu yang sebetulnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika berhadapan dengan para pelajar.
No comments:
Post a Comment