KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 21, 2011

SITUASI 22 (DUHAI ADIKKU SAYANG)

Situasi yang akan saya ceritakan ini adalah berkaitan dengan adik saya semasa di kampung. Pagi sabtu yang lalu, sedang saya dan adik bersarapan, datang empat orang sahabat adik ke rumah. Setelah mendengar salam berkumandang di depan pintu rumah, adik dengan keadaan sisa nasi masih di tangan, pergi mendapatkan kawan-kawannya di luar rumah. Saya terdengar perbualan antara mereka.

DIALOG:
Adik: Ha, hampa semua mai rumah aku pagi-pagi buta ni nak apa?(Adik dengan nada suara yang sederhana menengur kawan-kawannya).
Emak: Adik, cakap tu biar bersopan sikit. Cuba jemput kawan-kawan tu masuk dulu.
Adik: Ala mak, adik gurau ja la.
Emak: Sekali lagi, Mak dengar Adik cakap macam tu, Mak cubit mulut tu.

ULASAN:
Apa yang dapat saya ulaskan di sini ialah, sikap kurang sopan adik saya terhadap kawan-kawannya sangat tidak disenangi oleh ibu. Hal demikian kerana setiap perlakuan anak-anak menggambarkan sikap kedua-dua  ibu bapa mereka. Jadi, ibu saya sangat mengambil berat soal adab setiap anak-anaknya. Walaupun, niat adik untuk bergurau dengan kawan-kawannya, namun perbuatan seperti itu mudah menyentuh hati seseorang.

          Tindakan ibu saya menegur perbuatan adik itu adalah sangat baik kerana sekiranya perbuatan itu dibiarkan, adik mungkin akan berpelakuan sedemikian terhadap kawan-kawannya di mana-mana sahaja. Teguran dan amaran yang diberikan oleh ibu sedikit sebanyak mampu mengubah tindakan adik dari sikap yang tidak sopan kepada yang lebih sopan kelak.



No comments:

Post a Comment