KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, February 15, 2011

(SITUASI 14) Laman Sosial

Kini, seperti yang kita semua sedia maklum penggunaan lamas sosial 'facebook' semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Tanpa mengira umur, pangkat dan bangsa, semua lapisan masyarakat memiliki 'facebook'. Terdapat pelbagai kebaikan serta keburukan yang wujud melalui penggunaan 'facebook'. Antara kebaikannya ialah masyarakat dapat berhubung dengan sahabat kenalan lama dan baru serta membantu perniga memajukan perniagaan mereka. Namun, di sebalik kebaikan itu, terselit pelbagai keburukan penggunaan 'facebook'. Pengguna bebas menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sehinggakan mereka menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya mereka ujarkan. Contohnya, saya mengambil salah satu petikan daripada 'facebook' pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu:

   "serabuk perOook wehhh!!!! gere nOOok nyepak nga ngejek jah serRooo.....!!! baso gi** b***....!!!!"

Sebagai mahasiswa dan juga bakal guru, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan bahasa tersebut menerusi laman sosial. Kita perlu mengambil kira pandangan masyarakat selepas membaca komen tersebut. Sekiranya guru menuturkan perkataan tersebut, bagaimana mahu mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Keadaan sedemikian sedikit sebanyak melunturkan kepercayaan masyarakat kepada para guru.

No comments:

Post a Comment