Tajuk: Di sebalik Tangisan Seorang Bayi Perempuan.
Tarikh: 7 Februari 2011.
Hari: Isnin.
Setelah seminggu saya bercuti di kampung, semalam tibalah masanya saya kembali ke Tanjung Malim untuk meneruskan pengajian. Dalam perjalanan balik ke sini menaiki kereta api, saya dapati terdapat satu peristiwa yang dapat dicatatkan di dalam blog saya. Suasana di dalam kereta api ketika itu agak bising kerana ramai penumpang yang lalu-lalang untuk ke kantin. Tambahan pula dengan suara tangisan seorang bayi perempuan yang tidak henti-henti menangis boleh mencetuskan kemarahan para penumpang. Namun, semua penumpang kelihatan bersabar dengan kerenah bayi itu. Hendak dijadikan cerita, terdapat seorang hamba Allah ini telah menujukkan rasa marahnya melalui kata-kata yang tidak sedap didengar iaitu:
” Bawa ke sini budak tu. Biar aku tampar je kuat-kuat bagi pengsan”.
ULASAN:
Wajarkah kata-kata sedemikian dituturkan dalam situasi berkenaan. Bagi saya, tidak sama sekali kerana bayi perempuan tersebut tidak mengerti apa-apa. Mungkin dirinya dalam kesakitan atau kelaparan. Tambahan pula dengan keadaan sekeliling yang bising dan sejuk. Mungkin kerana itulah dia menangis tanpa henti. Kita sebagai orang yang lebih tua daripadanya boleh memahami apa yang dirasainya, bukan berkelakuan sedemikian, menengking tanpa sebab. Kita haruslah mempunyai sedikit sifat bersabar dalam menghadapi keadaan sedemikian kerana suatu hari nanti kita juga akan mempunyai anak.
No comments:
Post a Comment