Nurkilan seterusnya ini, akan saya sentuhkan mengenai satu artikel yang bertajuk, Bunuh Tulisan Jawi, Bunuh Bahasa melayu yang telah disampaikan oleh Dr Siti Mariah binti Mahmud iaitu Ahli Parlimen Kota Raja Selangor. Menurut beliau, sepanjang 13 tahun beliau terlibat dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, tidak ada satu subjek pun yang tidak dapat diajar di dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris yang kononya bahasa Inggeris itu adalah satu bahasa penting yang bersifat global, ternyata merupakan satu usaha untuk membunuh bahasa Melayu. Jika kita perhatikan, langkah yang digunakan adalah sama seperti apa yang mereka lakukan kepada tulisan jawi suatu ketika dahulu. Kini, tiba giliran mereka untuk membunuh bahasa Melayu pula.
Pada pendapat saya, pelaksanaan PIPP tidak sepatutnya dijalankan kerana anak-anak Melayu mampu memahami Sains dan matematik menggunakan bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan. Keadaan sedemikian juga dibuktikan melalui kajian bahawa untuk kita belajar mata pelajaran yang abstrak seperti Sains dan Matematik, adalah lebih baik kita belajar dengan bahasa ibunda dan bukan bahasa asing,kerana anak-anak kita terpaksa belajar daripada Darjah 1, pertama untuk memahami, kedua menterjemahkan pula bahasa itu di dalam otaknya untuk
memahami apa yang diperkatakan di dalam kedua-dua mata pelajaran ini.
memahami apa yang diperkatakan di dalam kedua-dua mata pelajaran ini.
Maka kita telah memberi kesukaran yang amat sangat kepada mereka, tambahan di luar bandar ibu bapa tidak mampu untuk menolong mereka dalam sains dan matematik, apa lagi di dalam bahasa Inggeris. Jadi, pemansuhan PIPP pada tahun 2012 sangat membanggakan seluruh pihak.
No comments:
Post a Comment