KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, February 15, 2011

(SITUASI 15) Jamban

Sebelum ini, saya hanya menulis berkenaan penggunaan bahasa oleh orang lain. Kali ini, giliran saya pula yang menjadi mangsa ketidaksantunan dalam penggunaan bahasa.  Pada pagi itu, di dalam kelas sosiolinguistik, saya telah melakukan kesalahan sebutan bahasa.

    Pensyarah: Selipar kita gunakan untuk pergi ke mana?
   Saya: Jamban.

Perkataan tersebut terpancul keluar melalui mulut saya sendiri tanpa berfikir panjang. Mungkin kerana perkataan tersebut kerap kali saya gunakan ketika bersama rakan-rakan serta keluarga di kampung. Oleh sebab sedemikianlah, saya terbawa-bawa perkataan tersebut walaupun di dalam kelas. Namun, selepas mendapat nasihat daripada pensyarah, saya tidak lagi menggunakan perkataan tersebut yang kedengaran sangat kasar.

   "Terima Kasih kepada Dr. Siti Saniah"

No comments:

Post a Comment