KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Sunday, February 6, 2011

(SITUASI 9) Apabila Pemandu Teksi Hilang Budi Bicara.

Tajuk: Apabila Pemandu Teksi Hilang Budi Bicara.
Tarikh: 27 Januari 2010
Hari: Khamis.

Perbualan antara saya dan pemandu teksi yang telah mungkiri janji.
Saya: Assalamualaikum Pak Cik?
Pemandu: Waalaikumussalam.
Saya: Sekarang Pak Cik di mana? Kami tunggu di Stesen Bas KHAR ni.
Pemandu: Sabar la sikit. kejap lagi saya datang la.
Saya: Sekarang dah pukul 10.15 pm. Kami janji pukul 10.00 pm. Kereta api kami bertolak pukul 10.30 pm. Kalau Pak Cik tak boleh ambil, kami naik teksi lain la.
Pemandu: Kalau awak nak ambil teksi lain, bayar RM 5.
Saya: Kenapa saya perlu bayar sedangkan, saya belum naik lagi kereta Pak Cik.
Pemandu: Tak payah cakap banyak, saya nak awak bayar juga. ”KAMU NI JANJI DENGAN BABI LAGI ELOK”.

ULASAN:

Ayat itulah yang menyebabkan saya terfikir, ke mana hilangnya budi bicara seorang pemandu teksi? Sepatutnya dia memohon maaf di atas kelewatan dia menjemput kami, namun percakapan yang diujarkan sangat mendukacitakan. Kami diperlakukan seolah-olah kami yang bersalah dalam hal tersebut, sedangkan kami sudah berjanji dengan pemandu teksi tersebut seminggu sebelum tarikh kejadian. Ternyata tindakan kami membuat keputusan untuk menaiki teksi lain adalah betul kerana tidak lama selepas kami tiba di stesen kereta api, kereta api yang akan kami naiki tiba. Jika kami masih menunggu pemandu teksi itu, semestinya kami akan ketinggalan dek kereta api tersebut. Kami semua berharap pemandu teksi tersebut tidak berkelakuan sedemikian lagi terhadap penumpang yang lain. Keadaan sedemikian dapat menjatuhkan reputasinya sebagai pemandu teksi dan masyarakat tidak mahu menaiki teksinya lagi.

2 comments:

  1. Jangan gunakan perkhidmatan teksi itu lagi. Masih banyak teksi yang ada di sekitar kawasan ini.

    ReplyDelete