KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Thursday, February 17, 2011

(SITUASI 20) USOP SANTORIAN

Melalui cerita kartun Usop Santorian ini, saya dapati terdapat penggunaan pantun Melayu lama di dalam cerita tersebut. Antaranya ialah:

   Anak rusa nani, baru kembang ekor,
   Kalau berani, mari kita bertempur.

   Terlajak perahu boleh diundur,
   Terlajak kata buruk padahnya.

   Kerana pulut santan binasa,
   Kerana mulut badan binasa.

Penggunaan pantun 2 kerat di dalam cerita Usop Santorian ini mampu memperkenalkan bentuk pantuk Melayu kepada masyarakat bermula daripada kanak-kanak lagi. Pantun Melayu merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang dikatakan sebagai warisan budaya Melayu Nusantara. Pantun terbahagi kepada 4 jenis iaitu pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan 8 kerat. Pantun dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri tertentu. Antaranya ialah terdapat baris pembayang dan maksud.

            Pantun Melayu yang diselitkan di dalam cerita kartun tersebut, mampu mengelakkan daripada kekurangan pengetahuan masyarakat terhadap pengggunaan pantun dalam kehidupan harian. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak untuk turut menggunakan pantun Melayu walaupun ketika bermain.






No comments:

Post a Comment