KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 28, 2011

SITUASI 25 (PAK MENAKAN ATAU BAPA SAUDARA)

Sedang asyik saya dan kawan-kawan berbincang berkenaan tugasan, salah seorang daripada kami bersuara.

   Era Fazira: Siti, apa maksud pak menakan?
   Siti Haliza: Pak menakan tu maksudnya bapa saudara la.
   Era fazira: Owh...aku ingatkan apa tadi.

ULASAN:
Bagi sahabat saya, ternyata perkataan 'Pak Menakan' itu sangat sukar untuk difahami maksudnya. Hal demikian kerana, perkataan tersebut hanya digunakan oleh masyarakat di sebelah Utara sahaja. Sukar untuk masyarakat di sebelah Timur dan Barat untuk mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut. Bagi penutur di sebelah Utara, perkataan 'Menakan' adalah beerti 'Saudara'. Contohnya:

     Pak Menakan: Bapa Saudara
    Mak Menakan: Emak Saudara
    Anak Menakan: Anak Saudara

1 comment: