KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Saturday, February 12, 2011

SITUASI 13 (Pensyarah)

Selalunya, kita mendengar berita berkenaan pelajar yang tidak menghormati guru atau pensyarah mereka. Namun apa yang ingin saya katakan di sini adalah sebaliknya.
   Pada pagi itu, saya mempunyai keperluan untuk berjumpa salah seorang yang berpangkat pensyarah untuk mengesahkan slip keputusan peperiksaan saya. Slip ini perlu disahkan oleh salah seorang pensyarah sebelum dihantar ke Jabatan Hal Ehwal pelajar. Dari aras satu, saya menuju ke aras tiga. Tiba di hadapan sebuah bilik yang di depan pintunya tertera nama seorang pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu. Dengan langkah yang sopan, saya:

Saya: Assalamuailaikum? Boleh saya masuk?
Pensyarah: U sape?
Saya: Saya nak minta puan tolong sahkan slip keputusan saya ni.
Pensyarah: U dari Kos ape?
Saya: Bahasa Melayu.
Pensyarah: Kalau Bahasa Melayu, U pergi jumpa pensyarah Bahasa Melayu. I tak nak tanda tangan.

Itulah antara perbualan saya dengan pensyarah tersebut. Selalunya kita mendengar pelajar yang berkelakuan biadab dengan pensyarah, namun sekarang sudah menjadi sebaliknya. Bagi saya seseorang pensyarah yang lebih dewasa daripada pelajar tidak patut berkelakuan sedemikian kepada pelajara kerana suatu hari nanti pelajar akan terikut-ikut kelakuan sebegitu.

"Jika mahukan kita dihormati, mulakan dulu dengan kita menghormati orang". Renung-renungkan, selamat beramal...

No comments:

Post a Comment