KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, January 25, 2011

(SITUASI 8) Perlukah?

Tajuk: Perlukah?
Tarikh: 26/1/2011
Hari: Rabu

Hari ini, saya terbaca satu artikel yang menghebohkan penggunaan bahasa yang tidak sesuai didengar oleh Lisa Surihani ketika siaran 'Mari Menari' yang dibicarakan oleh Awal Ashaari. Ramai yang terkejut dengan aksi spontan Lisa Surihani yang telah mengeluarkan perkataan "Gila Babi' semasa siaran langsung tempoh hari. Saya cuba untuk melihat semula siaran langsung tersebut melalui "youtube' namun semuanya sudah ditapis oleh penerbit.
    Hal demikian mungkin disebabkan dia berasa sangat teruja ketika mengacara program tersebut sehingga secara tidak sengaja mengeluarkan perkataan yang sangat kutang sopan itu. Keadaan demikian juga mungkin disebabkan perwatakan kurang sopan itu sudah menjadi tabiat harian bagi dirinya.
ULASAN
Bagi saya, perkataan sedemikian tidak patut dituturkan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kita perlulah berhati-hati agar perkataan sedemikian tidak terkeluar dari mulut sendiri. Namun, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan saya harap kesilapan itu mampu menjadi pengajaran kepada kita.

No comments:

Post a Comment