KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, February 15, 2011

(SITUASI 16) PEMANDU BAS

Pada semester lepas, saya telah mengalami sebuah pengalaman yang begitu pahit. Bagi saya, dalam tempoh 3 tahun saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, itulah kali pertama saya mengalami keadaan sedemikian. Semasa di dalam bas, saya bersama kawan-kawan yang lain terpaksa berdiri kerana bilangan tempat duduk tidak mencukupi. Ketika bas meluncur laju menuju ke Proton City, tiba-tiba pemandu bas tersebut memberhentikan bas dengan serta-merta. Mungkin kerana lambu isyarat sudah bertukar menjadi merah. Jadi, saya terjatuh kerana tidak berpaut dengan kuat pada kerusi di dalam bas tersebut. Sya terjatuh bersebelahan dengan pemandu bas itu. Tanpa rasa bersalah, pemandu bas tersebut berkata:

   Pemandu bas: Pegang la kuat sikit, kan dah jatuh.

Sepatutnya, pemandu tersebut perlu meminta maaf kepada semua penumpang di dalam bas tersebut kerana hampir semua penumpang yang berdiri terjatuh ketika pemandu tersebut memberhentikan bas tersebut. Namun, dengan perasaan tidak bersalah, dia telah menyalahkan penumpang yang terjatuh itu dengan alasan kami yang tidak pegang dengan kuat.

   
   

No comments:

Post a Comment