KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 7, 2011

(SITUASI 10) Papan Tanda

Tajuk: Papan Tanda
Tarikh: 28 Januari 2011
Hari: Jumaat


Ayat di atas menunjukkan penggunaan ayat perintah iaitu sila dan jangan. Ayat perintah merupakan ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat iaitu ayat larangan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat permintaan.

    Ayat perintah tidak boleh hadir sekali di dalam satu ayat seperti ayat di atas iaitu "Sila jangan buang tuala wanita ke dala tandas". Di dalam ayat tersebut perkataan 'sila' merupakan ayat silaan. Ayat silaan ialah ayat yang bertujuan untuk mebuat pelawaan atau ajakan terhadap pendengar atau orang kedua. Manakala perkataan 'jangan' pula merupakan ayat larangan yang digunakan untuk menegah atau menahan seseorang daripada melakukan sesuatu tindakan.

    Jadi, kedua-dua perkataan ini iaitu 'sila' dan 'jangan' tidak boleh hadir di dalam satu ayat yang sama kerana kedua-duanya berasal dari satu ruput ayat yang saa iaitu ayat perintah. Namun, kini masih ramai masyarakat yang menggunakan ayat sedemikian tanpa mengendahkan kesalahan yang dilakukan. Bagi mebendung gejala ini daripada berlarutan, papan tanda yang dipaparkan di kawasan awam haruslah menggunakan ayat yang betul.

No comments:

Post a Comment