KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Monday, February 28, 2011

SITUASI 28 ( NASIB CIKGU)

Nurkilan kali ini ialah berkenan masalah yang selalu dilalui oleh para guru sekarang. Masalah ini akan saya ceritakan dalam bentuk satu dialog kartun:









ULASAN:
Sebagai seorang guru, kita mestilah mengetahui strategi-strategi yang kerap kali digunakan oleh para pelajar kita untuk mengelak daripada menerima hukuman. Salah satu strategi yang perlu kita pelajari ialah melalui jawapan daripada pertanyaan mereka. Sekiranya kita tersalah menjawab soalan yang diujarkan oleh pelajar, mungkin kita akan ditertawakan oleh mereka. Jadi, hakikatnya untuk menjadi seorang guru yang berjaya kita perlulah menguasai pelbagai jenis ilmu, terutama sekali berkaitan isu-isu semas.

SITUASI 27 (BUNUH TULISAN JAWI = BUNUH BAHASA MELAYU)

Nurkilan seterusnya ini, akan saya sentuhkan mengenai satu artikel yang bertajuk, Bunuh Tulisan Jawi, Bunuh Bahasa melayu yang telah disampaikan oleh Dr Siti Mariah binti Mahmud iaitu Ahli Parlimen Kota Raja Selangor. Menurut beliau, sepanjang 13 tahun beliau terlibat dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, tidak ada satu subjek pun yang tidak dapat diajar di dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris yang kononya bahasa Inggeris itu adalah satu bahasa penting yang bersifat global, ternyata merupakan satu usaha untuk membunuh bahasa Melayu. Jika kita perhatikan, langkah yang digunakan adalah sama seperti apa yang mereka lakukan kepada tulisan jawi suatu ketika dahulu. Kini, tiba giliran mereka untuk membunuh bahasa Melayu pula.

   Pada pendapat saya, pelaksanaan PIPP tidak sepatutnya dijalankan kerana anak-anak Melayu mampu memahami Sains dan matematik menggunakan bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan. Keadaan sedemikian juga dibuktikan melalui kajian bahawa untuk kita belajar mata pelajaran yang abstrak seperti Sains dan Matematik, adalah lebih baik kita belajar dengan bahasa ibunda dan bukan bahasa asing,kerana anak-anak kita terpaksa belajar daripada Darjah 1, pertama untuk memahami, kedua menterjemahkan pula bahasa itu di dalam otaknya untuk
memahami apa yang diperkatakan di dalam kedua-dua mata pelajaran ini.
     Maka kita telah memberi kesukaran yang amat sangat kepada mereka, tambahan di luar bandar ibu bapa tidak mampu untuk menolong mereka dalam sains dan matematik, apa lagi di dalam bahasa Inggeris. Jadi, pemansuhan PIPP pada tahun 2012 sangat membanggakan seluruh pihak. 






SITUASI 26 (BAHASA BADAN)

Dalam satu perbincangan yang melibatkan beberapa orang kawan termasuk saya adalah untuk mencari senarai sekolah bagi penempatan praktikum pada bulan lima nanti. Apa yang menjadi topik diari saya kali ini ialah penggunaan bahasa badan yang boleh menyentuh hati seseorang. Selepas perbincangan hampir tamat, kelapan-lapan orang sahabat saya itu, memperolehi sekolah untuk penempatan praktikum. Hanya tinggal saya dan juga seorang lagi kawan yang tidak mempunyai sekolah. Tanpa menunggu lama, saya pun bertanya kepada mereka:

     Saya: Sekolah untuk aku dengan Nadia macam mana?
     Kawan A: (Mengangkat bahu tanpa sebarang kata).

ULASAN: 
Perkara seperti ini jarang sekali kita lalui apabila bersama-sama dengan sahabat karib kita. Hal demikian kerana, setiap orang mesti mengetahui maksud 'mengangkat bahu' tersebut. Walaupun, itu hanyalah bahasa badan, namun di sebalik perbuatan itu, terdapat satu maksud yang boleh menyentuh hati seseorang. Maksudnya sama seperti kita tidak menghiraukan masalah orang lain. Bagi saya, bahasa badan tersebut tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan sedemikian kerana kita sepatutnya menjaga hati sahabat di sekeliling kita walaupun mereka tidak memberi kepentingan kepada kita. Apa yang perlu kita fikirkan adalah setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga walau dalam situasi apa sekalipun.

SITUASI 25 (PAK MENAKAN ATAU BAPA SAUDARA)

Sedang asyik saya dan kawan-kawan berbincang berkenaan tugasan, salah seorang daripada kami bersuara.

   Era Fazira: Siti, apa maksud pak menakan?
   Siti Haliza: Pak menakan tu maksudnya bapa saudara la.
   Era fazira: Owh...aku ingatkan apa tadi.

ULASAN:
Bagi sahabat saya, ternyata perkataan 'Pak Menakan' itu sangat sukar untuk difahami maksudnya. Hal demikian kerana, perkataan tersebut hanya digunakan oleh masyarakat di sebelah Utara sahaja. Sukar untuk masyarakat di sebelah Timur dan Barat untuk mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut. Bagi penutur di sebelah Utara, perkataan 'Menakan' adalah beerti 'Saudara'. Contohnya:

     Pak Menakan: Bapa Saudara
    Mak Menakan: Emak Saudara
    Anak Menakan: Anak Saudara

SITUASI 24 (BUN KACANG MERAH)

Situasi yang akan saya tuliskan kali ini adalah penggunaan tanda sempang pada perkataan yang tidak sepatutnya. Ketika saya sedang menjamah Bun Kacang Merah pada pagi itu, saya membelek-belek kandungan yang tertera pada plastik bun tersebut. Dengan tidak sengaja saya terpandang perkataan 'Di-Buat oleh Syarikat A'.
 

ULASAN:
Bagi saya ejaan tersebut adalah salah. Perkataan 'Di' merupakan kata sendi nama, manakala perkataan 'Buat' pula merupakan kata kerja. Di antara kedua-dua jenis perkataan ini tidak diperlukan penggunaan tanda sepang di tengahnya. Jika diteliti pada tahun syarikat tersebut mula beroperasi, perkataan 'Di-Buat' tersebut ternyata tidak lagi digunakan. Apatah lagi, pada zaman kini, yang rata-rata masyarakat sangat menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu baku. Walaupun kini syarikat pengeluar tersebut sedar akan kesilapan ejaan itu, namun perkara sedemikian tidak dihiraukan selagi tidak menjejaskan hasil pengeluaran syarikat mereka.

SITUASI 23 (KURANG ASAM)

Pada hari sabtu lepas, saya dan keluarga pergi ke Zoo Taiping. Dalam perjalanan ke sana, ayah saya telah berhenti di R&R Juru untuk kami solat Zohor. Semasa saya beratur untuk mengambil wuduk, seorang remaja datang untuk berwuduk tanpa beratur di belakang. Sedar dengan tindakan remaja itu, seorang wanita bertudung kuning itu terus memarahi remaja tersebut.

   Wanita: Kurang asam punya budak. Penat-penat orang beratur panjang, ko senang-senang je ke depan.
   Remaja: Saya nak cepat la Mak Cik.
   Wanita: Habis ko ingat ko sorang je yang nak cepat?
   Remaja: Yela tu.(Sambil berlalu pergi untuk beratur).

ULASAN:


Perkataan 'kurang asam' kerap kali kita dengar sekarang. Apa yang ingin diperkatakan sekarang, apakah maksud perkataan tersebut. Seperti mana yang kita tahu, perkataan 'kurang asam' hanya digunakan untuk situasi masakan.Tapi, sekarang situasi penggunaan perkataan tersebut lebih kepada untuk menyatakan ketidakpuasan hati seseorang. Dalam pada itu juga, perkataan 'kurang ajar' juga sering kali digunakan untuk tujuan yang sama. Jadi, maksud perkataan 'kurang asam' dan 'kurang ajar' adalah sama.

Monday, February 21, 2011

SITUASI 22 (DUHAI ADIKKU SAYANG)

Situasi yang akan saya ceritakan ini adalah berkaitan dengan adik saya semasa di kampung. Pagi sabtu yang lalu, sedang saya dan adik bersarapan, datang empat orang sahabat adik ke rumah. Setelah mendengar salam berkumandang di depan pintu rumah, adik dengan keadaan sisa nasi masih di tangan, pergi mendapatkan kawan-kawannya di luar rumah. Saya terdengar perbualan antara mereka.

DIALOG:
Adik: Ha, hampa semua mai rumah aku pagi-pagi buta ni nak apa?(Adik dengan nada suara yang sederhana menengur kawan-kawannya).
Emak: Adik, cakap tu biar bersopan sikit. Cuba jemput kawan-kawan tu masuk dulu.
Adik: Ala mak, adik gurau ja la.
Emak: Sekali lagi, Mak dengar Adik cakap macam tu, Mak cubit mulut tu.

ULASAN:
Apa yang dapat saya ulaskan di sini ialah, sikap kurang sopan adik saya terhadap kawan-kawannya sangat tidak disenangi oleh ibu. Hal demikian kerana setiap perlakuan anak-anak menggambarkan sikap kedua-dua  ibu bapa mereka. Jadi, ibu saya sangat mengambil berat soal adab setiap anak-anaknya. Walaupun, niat adik untuk bergurau dengan kawan-kawannya, namun perbuatan seperti itu mudah menyentuh hati seseorang.

          Tindakan ibu saya menegur perbuatan adik itu adalah sangat baik kerana sekiranya perbuatan itu dibiarkan, adik mungkin akan berpelakuan sedemikian terhadap kawan-kawannya di mana-mana sahaja. Teguran dan amaran yang diberikan oleh ibu sedikit sebanyak mampu mengubah tindakan adik dari sikap yang tidak sopan kepada yang lebih sopan kelak.



Friday, February 18, 2011

SITUASI 21 (PESANAN DULU DAN KINI)

DULU:
Orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

KINI
Enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.


DULU:
Setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal,
bertaubat..

KINI:
have fun on your birthday,
panggil kengkawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!


Menerusi pepatah di atas, ternyata beza sekali pendapat dahulu dengan sekarang. Dahulu, masyarakat lebih berfokuskan kepada keagamaan, manakala kini, masyarakat sangat mengutamakan kekayaan dan dunia semata-mata. Menerusi penggunaan bahasa pula, masyarakat dahulu lebih kepada penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya, namun sekarang bahasa yang digunakan lebih kepada bahasa rojak. Sepatutnya, masyarakat sekarang harus melihat bahasa yang digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai panduan. Bukan sahaja menggunakan bahasa yang lemah lembut, namun maksud yang disampaikan juga dapat membentuk peribadi seseorang.




Thursday, February 17, 2011

(SITUASI 20) USOP SANTORIAN

Melalui cerita kartun Usop Santorian ini, saya dapati terdapat penggunaan pantun Melayu lama di dalam cerita tersebut. Antaranya ialah:

   Anak rusa nani, baru kembang ekor,
   Kalau berani, mari kita bertempur.

   Terlajak perahu boleh diundur,
   Terlajak kata buruk padahnya.

   Kerana pulut santan binasa,
   Kerana mulut badan binasa.

Penggunaan pantun 2 kerat di dalam cerita Usop Santorian ini mampu memperkenalkan bentuk pantuk Melayu kepada masyarakat bermula daripada kanak-kanak lagi. Pantun Melayu merupakan sejenis puisi Melayu tradisional yang dikatakan sebagai warisan budaya Melayu Nusantara. Pantun terbahagi kepada 4 jenis iaitu pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan 8 kerat. Pantun dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri tertentu. Antaranya ialah terdapat baris pembayang dan maksud.

            Pantun Melayu yang diselitkan di dalam cerita kartun tersebut, mampu mengelakkan daripada kekurangan pengetahuan masyarakat terhadap pengggunaan pantun dalam kehidupan harian. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak untuk turut menggunakan pantun Melayu walaupun ketika bermain.






SITUASI 19 (Kelas EDU)

Kelas EDU berjalan seperti biasa. Semasa di dalam kelas, sesi perbentangan kumpulan dijalankan. Ketika giliran kumpulan keenam membentangkan hasil kerja mereka. Semasa slide pertama ditayangkan, saya melihat pada slide itu tercatat ayat berikut:

      "Kami tak HOT, kami COOL..."

Itulah ayat yang tercatat pada slide perbentangan kumpulan itu. Ayat itu bukan sahaja menggunakan bahasa rojak, namun penggunaan tulisan yang bercampur-aduk iaitu tulisan kecil dan besar juga memperlihatkan kesalahan berbahasa di situ. Bagi saya, seseorang yang bakal dikatakan sebagai seorang guru haruslah menitikberatkan soal penggunaan bahasa ini walau di mana saja. Jika tabiat seperti ini tidak dihiraukan bermula dari sekarang, mungkin kita akan terbawa-bawa ketika sesi latihan mengajar diadakan nanti. Keadaan ini akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada para pelajar kita. Jadi, bermula dari sekarang kita perlu belajar menggunakan bahasa Melayu yang sebetulnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika berhadapan dengan para pelajar.

SITUASI 18 (Hantu Kak Limah Balik Rumah)


Dialog:

      A : Nak join.
      B : Pergi balik! Sebab awak la kaki saya jadi macam ni.

'Awak' di dalam ayat di atas merujuk kepada diri si B dan sekaligus bermaksud kata ganti nama diri 'awak' itu merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Penggunaan kata ganti nama diri 'awak' di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ternyata salah kerana kata ganti nama diri 'awak' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang kedua ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang diajak bercakap. Contohnya, awak, kamu, engkau, anda, tuanku, dan kalian. Jadi, kata 'awak' adalah salah satu kata nama yang terdapat dalam kata ganti nama orang kedua.

    Selain itu, penggunaan kata ganti nama diri yang tidak betul di dalam sesebuah tayangan filem akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang menonton filem tersebut. Apatah lagi kanak-kanak dan para remaja kini yang sudah hampir terpesong jauh daripada penggunaan bahasa Melayu yang sebenar. Jadi, sesebuah dilem yang dihasilkan perlulah mengambil kira berkenaan masalah kesilapan penggunaan kata ganti nama diri ini supaya masalah kekeliruan dapat dielakkan. Walaupun bertujuan untuk menyelitkan unsur humor di dalam filem tersebut, namun ketepatan penggunaan bahasa harus dititikberatkan juga.

 
                                                                     

                                                                                

Tuesday, February 15, 2011

(SITUASI 17) Bahasa Orang tua

Di dalam tempoh cuti perayaan Hari Raya Cina, saya bertemu dengan ramai saudara-mara ketika pulang ke rumah nenek. Kata orang, ramai orang, banyak ragam. Memang betul. Bermacam ragam saya dapat lihat ketika di rumah nenek tempoh hari. Di sebabkan keluaga saya mempunyai ramai sepupu yang masih kecil, keadaan rumah nenek sentiasa kelihatan bising. Sedang saya dan ibu saudara yang lein masak di dapur, kedengaran suara Danish (anak sepupu), menangis. Nenek yang sedang memerhatikan telatah mereka, pergi mendapatkan Danish yang sedfang menangis teresak-esak kerana jatuh ketika memanjat tingkap rumah. Saya dapat mendengar perbualan nenek dengan Danish iaitu:


    Nenek: Kan nenek dah cakap jangan panjat tingkap tu, nanti jatuh. Tengok ni kan dah jatuh.
    Danish: Naim, tolak abang.(Sambil tangan menunjuk ke arah Naim yang tengah mencari selipar untuk berlari keluar).
    Nenek: Nanti dah sembuh, panjat lagi ek?
    Danish: Tak nak.Sakit.


Saya dapati penggunaan bahasa yang berbeza dengan generasi masa kini. Nenek menggunakan ayat suruhan, bagi menggambarkan maksud larangan. Bahasa sedemikian mampu menghalang kanak-kanak daripada melakukan perkara yang bahaya. Jelaslah di sini bahawa, walaupun bahasa itu menunjukkan suruhan melakukan sesuatu, namun kanak-kanak mampu memahaminya lagi kerana bahasa tersebut bersifah sindiran yang lemah lembut.
  

(SITUASI 16) PEMANDU BAS

Pada semester lepas, saya telah mengalami sebuah pengalaman yang begitu pahit. Bagi saya, dalam tempoh 3 tahun saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, itulah kali pertama saya mengalami keadaan sedemikian. Semasa di dalam bas, saya bersama kawan-kawan yang lain terpaksa berdiri kerana bilangan tempat duduk tidak mencukupi. Ketika bas meluncur laju menuju ke Proton City, tiba-tiba pemandu bas tersebut memberhentikan bas dengan serta-merta. Mungkin kerana lambu isyarat sudah bertukar menjadi merah. Jadi, saya terjatuh kerana tidak berpaut dengan kuat pada kerusi di dalam bas tersebut. Sya terjatuh bersebelahan dengan pemandu bas itu. Tanpa rasa bersalah, pemandu bas tersebut berkata:

   Pemandu bas: Pegang la kuat sikit, kan dah jatuh.

Sepatutnya, pemandu tersebut perlu meminta maaf kepada semua penumpang di dalam bas tersebut kerana hampir semua penumpang yang berdiri terjatuh ketika pemandu tersebut memberhentikan bas tersebut. Namun, dengan perasaan tidak bersalah, dia telah menyalahkan penumpang yang terjatuh itu dengan alasan kami yang tidak pegang dengan kuat.

   
   

(SITUASI 15) Jamban

Sebelum ini, saya hanya menulis berkenaan penggunaan bahasa oleh orang lain. Kali ini, giliran saya pula yang menjadi mangsa ketidaksantunan dalam penggunaan bahasa.  Pada pagi itu, di dalam kelas sosiolinguistik, saya telah melakukan kesalahan sebutan bahasa.

    Pensyarah: Selipar kita gunakan untuk pergi ke mana?
   Saya: Jamban.

Perkataan tersebut terpancul keluar melalui mulut saya sendiri tanpa berfikir panjang. Mungkin kerana perkataan tersebut kerap kali saya gunakan ketika bersama rakan-rakan serta keluarga di kampung. Oleh sebab sedemikianlah, saya terbawa-bawa perkataan tersebut walaupun di dalam kelas. Namun, selepas mendapat nasihat daripada pensyarah, saya tidak lagi menggunakan perkataan tersebut yang kedengaran sangat kasar.

   "Terima Kasih kepada Dr. Siti Saniah"

(SITUASI 14) Laman Sosial

Kini, seperti yang kita semua sedia maklum penggunaan lamas sosial 'facebook' semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Tanpa mengira umur, pangkat dan bangsa, semua lapisan masyarakat memiliki 'facebook'. Terdapat pelbagai kebaikan serta keburukan yang wujud melalui penggunaan 'facebook'. Antara kebaikannya ialah masyarakat dapat berhubung dengan sahabat kenalan lama dan baru serta membantu perniga memajukan perniagaan mereka. Namun, di sebalik kebaikan itu, terselit pelbagai keburukan penggunaan 'facebook'. Pengguna bebas menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sehinggakan mereka menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya mereka ujarkan. Contohnya, saya mengambil salah satu petikan daripada 'facebook' pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu:

   "serabuk perOook wehhh!!!! gere nOOok nyepak nga ngejek jah serRooo.....!!! baso gi** b***....!!!!"

Sebagai mahasiswa dan juga bakal guru, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan bahasa tersebut menerusi laman sosial. Kita perlu mengambil kira pandangan masyarakat selepas membaca komen tersebut. Sekiranya guru menuturkan perkataan tersebut, bagaimana mahu mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Keadaan sedemikian sedikit sebanyak melunturkan kepercayaan masyarakat kepada para guru.

Saturday, February 12, 2011

SITUASI 13 (Pensyarah)

Selalunya, kita mendengar berita berkenaan pelajar yang tidak menghormati guru atau pensyarah mereka. Namun apa yang ingin saya katakan di sini adalah sebaliknya.
   Pada pagi itu, saya mempunyai keperluan untuk berjumpa salah seorang yang berpangkat pensyarah untuk mengesahkan slip keputusan peperiksaan saya. Slip ini perlu disahkan oleh salah seorang pensyarah sebelum dihantar ke Jabatan Hal Ehwal pelajar. Dari aras satu, saya menuju ke aras tiga. Tiba di hadapan sebuah bilik yang di depan pintunya tertera nama seorang pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu. Dengan langkah yang sopan, saya:

Saya: Assalamuailaikum? Boleh saya masuk?
Pensyarah: U sape?
Saya: Saya nak minta puan tolong sahkan slip keputusan saya ni.
Pensyarah: U dari Kos ape?
Saya: Bahasa Melayu.
Pensyarah: Kalau Bahasa Melayu, U pergi jumpa pensyarah Bahasa Melayu. I tak nak tanda tangan.

Itulah antara perbualan saya dengan pensyarah tersebut. Selalunya kita mendengar pelajar yang berkelakuan biadab dengan pensyarah, namun sekarang sudah menjadi sebaliknya. Bagi saya seseorang pensyarah yang lebih dewasa daripada pelajar tidak patut berkelakuan sedemikian kepada pelajara kerana suatu hari nanti pelajar akan terikut-ikut kelakuan sebegitu.

"Jika mahukan kita dihormati, mulakan dulu dengan kita menghormati orang". Renung-renungkan, selamat beramal...

Friday, February 11, 2011

(SITUASI 12) Bahasa Kanak-kanak

Tajuk: Bahasa Kanak-kanak Masa Kini
Tarikh: 8 Februari 2011
Masa: Selasa

Malam itu, seperti biasa saya dan keluarga akan keluar makan pada malam hari minggu. Dalam perjalanan ke Tanjong Dawai, sepupu saya yang berusia 3 tahun bersuara:

Huda: Kiknah! tengok tu ada tiyis la kat depan.
Kiknah: Tiyis?
Huda: ha, tu kat depan tu.
Kiknah: Adik! bukan tiyis la, polis la.




Itulah perkataan yang mungkin tidak semua orang dapat faham apabila kanak-kanak bertutur. Perkataan 'polis' bertukar menjadi 'tiyis'. Kedengarannya agak menghiburkan, namun apabila difikirkan kembali masalah bahasa yang dialami oleh kanak-kanak zaman sekarang sangat mendukacitakan. Mana tidaknya, pelat perkataan yang disebut sangat berbeza dengan perkataan asal, sehingga kita sendiri tidak dapat memahami makna perkataan tersebut.

    Jadi, bagi mengatasi masalah sedemikian, kita sebagai orang dewasa perlulah mengajar sebutan yang betul kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menyebutnya dengan betul dan jelas. Janganlah kita biarkan mereka menyebut perkataan yang tidak betul itu sehingga mereka meningkat umur kerana perkara ini dapat menimbulkan kesusahan apabila mereka bersekolah nanti.

Tuesday, February 8, 2011

(Situasi 11) Di sebalik Tangisan Seorang Bayi Perempuan.

Tajuk: Di sebalik Tangisan Seorang Bayi Perempuan.
Tarikh: 7 Februari 2011.
Hari: Isnin.

Setelah seminggu saya bercuti di kampung, semalam tibalah masanya saya kembali ke Tanjung Malim untuk meneruskan pengajian. Dalam perjalanan balik ke sini menaiki kereta api, saya dapati terdapat satu peristiwa yang dapat dicatatkan di dalam blog saya. Suasana di dalam kereta api ketika itu agak bising kerana ramai penumpang yang lalu-lalang untuk ke kantin. Tambahan pula dengan suara tangisan seorang bayi perempuan yang tidak henti-henti menangis boleh mencetuskan kemarahan para penumpang. Namun, semua penumpang kelihatan bersabar dengan kerenah bayi itu. Hendak dijadikan cerita, terdapat seorang hamba Allah ini telah menujukkan rasa marahnya melalui kata-kata yang tidak sedap didengar iaitu:

            ” Bawa ke sini budak tu. Biar aku tampar je kuat-kuat bagi pengsan”.

ULASAN:

Wajarkah kata-kata sedemikian dituturkan dalam situasi berkenaan. Bagi saya, tidak sama sekali kerana bayi perempuan tersebut tidak mengerti apa-apa. Mungkin dirinya dalam kesakitan atau kelaparan. Tambahan pula dengan keadaan sekeliling yang bising dan sejuk. Mungkin kerana itulah dia menangis tanpa henti. Kita sebagai orang yang lebih tua daripadanya boleh memahami apa yang dirasainya, bukan berkelakuan sedemikian, menengking tanpa sebab. Kita haruslah mempunyai sedikit sifat bersabar dalam menghadapi keadaan sedemikian kerana suatu hari nanti kita juga akan mempunyai anak.

Monday, February 7, 2011

(SITUASI 10) Papan Tanda

Tajuk: Papan Tanda
Tarikh: 28 Januari 2011
Hari: Jumaat


Ayat di atas menunjukkan penggunaan ayat perintah iaitu sila dan jangan. Ayat perintah merupakan ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan oleh penutur terhadap pendengar. Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat iaitu ayat larangan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat permintaan.

    Ayat perintah tidak boleh hadir sekali di dalam satu ayat seperti ayat di atas iaitu "Sila jangan buang tuala wanita ke dala tandas". Di dalam ayat tersebut perkataan 'sila' merupakan ayat silaan. Ayat silaan ialah ayat yang bertujuan untuk mebuat pelawaan atau ajakan terhadap pendengar atau orang kedua. Manakala perkataan 'jangan' pula merupakan ayat larangan yang digunakan untuk menegah atau menahan seseorang daripada melakukan sesuatu tindakan.

    Jadi, kedua-dua perkataan ini iaitu 'sila' dan 'jangan' tidak boleh hadir di dalam satu ayat yang sama kerana kedua-duanya berasal dari satu ruput ayat yang saa iaitu ayat perintah. Namun, kini masih ramai masyarakat yang menggunakan ayat sedemikian tanpa mengendahkan kesalahan yang dilakukan. Bagi mebendung gejala ini daripada berlarutan, papan tanda yang dipaparkan di kawasan awam haruslah menggunakan ayat yang betul.

Sunday, February 6, 2011

(SITUASI 9) Apabila Pemandu Teksi Hilang Budi Bicara.

Tajuk: Apabila Pemandu Teksi Hilang Budi Bicara.
Tarikh: 27 Januari 2010
Hari: Khamis.

Perbualan antara saya dan pemandu teksi yang telah mungkiri janji.
Saya: Assalamualaikum Pak Cik?
Pemandu: Waalaikumussalam.
Saya: Sekarang Pak Cik di mana? Kami tunggu di Stesen Bas KHAR ni.
Pemandu: Sabar la sikit. kejap lagi saya datang la.
Saya: Sekarang dah pukul 10.15 pm. Kami janji pukul 10.00 pm. Kereta api kami bertolak pukul 10.30 pm. Kalau Pak Cik tak boleh ambil, kami naik teksi lain la.
Pemandu: Kalau awak nak ambil teksi lain, bayar RM 5.
Saya: Kenapa saya perlu bayar sedangkan, saya belum naik lagi kereta Pak Cik.
Pemandu: Tak payah cakap banyak, saya nak awak bayar juga. ”KAMU NI JANJI DENGAN BABI LAGI ELOK”.

ULASAN:

Ayat itulah yang menyebabkan saya terfikir, ke mana hilangnya budi bicara seorang pemandu teksi? Sepatutnya dia memohon maaf di atas kelewatan dia menjemput kami, namun percakapan yang diujarkan sangat mendukacitakan. Kami diperlakukan seolah-olah kami yang bersalah dalam hal tersebut, sedangkan kami sudah berjanji dengan pemandu teksi tersebut seminggu sebelum tarikh kejadian. Ternyata tindakan kami membuat keputusan untuk menaiki teksi lain adalah betul kerana tidak lama selepas kami tiba di stesen kereta api, kereta api yang akan kami naiki tiba. Jika kami masih menunggu pemandu teksi itu, semestinya kami akan ketinggalan dek kereta api tersebut. Kami semua berharap pemandu teksi tersebut tidak berkelakuan sedemikian lagi terhadap penumpang yang lain. Keadaan sedemikian dapat menjatuhkan reputasinya sebagai pemandu teksi dan masyarakat tidak mahu menaiki teksinya lagi.