KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Sunday, January 9, 2011

Sosiolinguistik oh sosiolinguistik.

Pada hari ini, 10 Januari 2011 merupakan tarikh keramat bagi diri saya dan kawan-kawan yang belum mempuntai blog sendiri. Hal demikian kerana, kami semua diwajibkan untuk menghasilkan blog sendiri bagi menyelesaikan salah satu tugasan dalam subjek Sosiolinguistik. Hari ini, kami dibantu oleh rakan sekelas iaitu Azwani bagi menghasilkan blog masing-masing. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada Azwani kerana sudi mengajar kami semua dalam menghasilkan blog.
   
   Dalam pada itu juga, melalui blog ini, kami disuruh untuk mencatat peristiwa atau situasi yang berlaku dari minggu kedua sehingga minggu ke sepuluh. Peristiwa yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Kami semua diperlukan untuk memberi komen atau kritikan terhadap peristiwa atau situasi tersebut.
   
   Jadi, saya rasa setakat itu dahulu catatan saya untuk hari ini. Dengan itu, saya berharap kami semua dapat menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan dengan seikhlas hati.

No comments:

Post a Comment