KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, January 25, 2011

(SITUASI 7) Ruangan Forum Menjana Bahasa

Tajuk: Ruangan Forum Menjana Bahasa
Tarikh: 25 Januari 2011
Hari: Selasa

Pada petang ini, sedang saya mencari bahan untuk dijadikan rujukan tugasan, saya terjumpa sebuah ruangan forum yang sangat menarik. Hal demikian kerana matlamat penubuhan ruangan tersebut adalah bagi meminta pandangan daripada masyarakat terhadap bahasa Melayu. Syarat-syarat yang dikenakan juga sangat berkesan, di mana pemilik ruangan tersebut mengutamakan penggunaan bahasa baku dalam setipa pandangan yang diketengahkan. Di sini saya lampiran ayat yang terdapat di dalam ruangan forum tersebut:

"Assalamualaikum wahai saudara dan saudari sekalian,
Sukacita memaklumkan bahawa, dengan kebenaran dari yang empunya forum, dengan kuasa yang diamanahkan kepada sayamenjadi 'moderator' percubaan, maka hamba ingin mengajak semua rakyat jelata mengambil bahagian didalam forum ini, dimana saudara dan saudari sekalian 'MESTILAH' membalas dengan ejaan dan bahasa melayu yang baku* [kecuali terma-terma khas yang susah nak diterjemah]."
"Saudara-saudari sekalian boleh bersyair, berbalas pantun, mahupun berhaiku semasa saudara-saudari membuat surat-balas".
    inilah yang dikatakan sebagai generasi pewaris bahasa, di mana melalui usaha yang beliau lakukan sudah tergambar perasaan cintanya terhadap bahasa. Tidak seperti sesetengah generasi sekarang yang lebih gemar menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar dan bahasa 'SMS'. Alangkah malangnya nasib bahasa ibunda sekiranya generasi sedemikian tidak dibimbing sebaiknya. Harapan saya untuk melihat ruangan forum sedemikian semakin mendapat sokongan semua lapisan masyarakat.

Pucuk Dicita Ulam Mendatang,
Inster Pak Hamid Datang Berlenggang,
Bahasa Melayu Wajib Dijulang,
Supaya Berwaris Dimasa Akan Datang.
alangkah indahnya bahasa melayu,
penuh tersusun sopan santunnya,
bukan susah nak berbahasa melayu,
ianya terpulang kepada tuannya.

No comments:

Post a Comment