KENALI SAYA?

My photo
Diam itu lebih baik. Berdiam, tidak memberikan sebarang ekspresi dan balasan. Baik untuk tempat dan ketika yang hati merasakan ianya adalah terbaik untuk berdiam diri. Hati yang mahukan. Hati merasakan terbaik untuknya. Saya mengikut kehendak si hati ini sahaja. Maafkan diri ini jika ada ucapan, kiriman, mesej atau khabar yang tidak berbalas. Bukan sombong atau tidak peduli. Jauh di sudut hati ini, selalu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dan keberkatan di setiap masa. Antara harapan, keinginan, kemahuan, impian dan penantian. Dan Allah tahu yang terbaik. Saya yakin. Inilah saya. Maafkan~

Tuesday, January 18, 2011

(SITUASI 3) Ke mana hilangnya budi bahasa?

Tajuk: Ke mana hilangnya budi bahasa?
Tarikh: 19 Januari 2011
Hari: Rabu
Tempat: Di dalam bilik pensyarah.


Pada hari ini, tercatat pada kalendar 19 Januari 2011 bersamaan hari Rabu. Saya mempunyai satu peristiwa yang ingin dikongsi bersama. Peristiwa ini berkaitan penggunaan bahasa yang tidak sopan yang melibatkan seorang pensyarah yang berpangkat Profesor dan mahasiswa semester pertama. Peristiwa yang tidak diingini ini berlaku apabila mahasiswa tersebut mengetuk pintu bilik pensyarah untuk mendapatkan tandatangan pensyarah tersebut.

            Seterusnya, apabila pintu dibuka, pensyarah menggamit mahasiswa itu supaya masuk, sambil beliau terus menulis. Pensyarah tersebut berkelakuan sedemikian kerana beliau beranggapan bahawa mahasiswa itu merupakan orang yang ke-20 yang mahu mendapatkan tandatangan beliau bagi menyelesaikan masalah tambah dan gugur kursus. Sambil melangkah masuk, pelajar tersebut berkata:
           
            “Hai, sibuk nampak!”

            Pada pandangan saya, walaupun ayat itu pendek, namun maksudnya cukup mendalam. Tambahan lagi, diujarkan dalam situasi sedemikian terhadap lelaki yang lebih tua daripada kita apatah lagi berpangkat Profesor. Jadi, saya rasa bahasa tersebut tidak wajar digunakan oleh mahasiswa tersebut. Hal demikian kerana, walaupun niat dia ingin mewujudkan suasana mesra dalam situasi tersebut, namun kita hanya boleh melawak dengan orang yang setaraf atau lebih rendah daripada kita. Kita tidak pernah melawak dengan ayah kita kerana ayah kita lebih tinggi statusnya daripada kita. Begini juga situasinya apabila kita berhadapan dengan seorang pensyarah. Mahasiswa tersebut dapat dikatakan tidak mengamalkan kesantunan dalam berbahasa.

            Selain itu, saya rasa mahasiswa-mahasiswa kini perlu diajarkan kemahiran bersosial dalam ilmu bahasa, sastera dan lain-lain subjek dalam bidang kemanusiaan. Bagi saya, inilah kesan yang menimpa generasi muda apabila dunia kini terlalu mengejar arus kemodenan dalam tamadun kebendaan. Mereka dimampatkan dengan formula Sains dan Matematik, Grafik, dan Elektonomi yang terangkum dalam komponen intelek. Sistem pendidikan demikianlah yang memberi sedikit sebanyak sebab kepada kehilangan kesantunan bahasa.

            ”Tiada adab, ilmu menggunung pun tiada ’manis’nya”.

No comments:

Post a Comment