Tajuk: Balasan Seorang Anak Terhadap Seorang Ibu.
Tarikh: 18 Januari 2011
Hari: Selasa
" Apasal dgn u ni? Kenapa u nak musnah kn hidup i? I nk kahwin dgn... n i akan ada anak dgn dia!! Apa yg i tak buat untuk u? U tak pernah kisah psl i dr dulu".
Keratan dialog di atas diambil daripada pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang anak kepada ibunya melalui telefon bimbit. Wajarkah pesanan sedemikian ditujukan kepada seorang wanita yang berstatus ibu? Bagi saya, remaja tersebut tidak patut menggunakan bahasa yang begitu kasar terhadap ibu kandungnya sendiri. Keadaan sedemikian dapat dikaitkan dengan ketidaksantunan dalam berbahasa.
Selain itu, penggunaan kata ganti nama diri ’I’ dan ’U’ juga sudah menunjukkan remaja tersebut tidak memiliki sifat menghormati wanita yang lebih tua, apatah lagi mempunyai hubungan yang erat dengan dirinya. Tergamak remaja tersebut berkelakuan sedemikian rupa terhadap ibunya yang sudah tidak memiliki sesiapa dalam hidupnya setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2008. Kini, beliau hanya mempunyai seorang anak perempuan tunggal sahaja yang dijadikan sebagai tempat untuk bergantung.
Pada pendapat saya, bahasa kesat yang digunakan oleh remaja tersebut tidak sesuai digunakan kerana mampu mengguris hati seorang ibu. Sebagai anak perempuan tunggal kepada wanita tersebut, dia haruslah menggunakan bahasa yang sopan-santun bagi menunjukkan rasa hormat serta kasih sayang terhadap ibunya. Melalui bahasa yang dituturkan dapat mempengaruhi perasaan seseorang sama ada gembira atau sedih. Jadi, kita perlu berfikir dahulu sebelum memperkatakan sesuatu supaya bahasa yang dipertuturkan tidak mengguris perasaan seseorang.
Selain itu, kita juga berasa janggal apabila mendengar ibu dan anak mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.
Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut:
Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu.

No comments:
Post a Comment